Pusat Terapi Ozon |
Blossom Portfolio Sdn Bhd, Suite 36, 3rd Floor, Block C, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-40410371 012-2860221 |
Email: ozone@ozone.com.my Or eboo@eboo.com.my |
Website: |
Other Related Website www.eboo.com.my |
Kajian Kes
Sejak berusia 17 tahun, Datin Sharifah Nel Aida Alatas, 37, terseksa menghidapi penyakit asma.Selama 18 tahun beliau tidak boleh makan beberapa makanan dan tidak boleh terdedah kepada udara sejuk. Setiap pagi sejurus bangun tidur, beliau tidak boleh melupakan kemestian menyedut ubat steroid menggunakan alat inhaler.
"Dulu kalau naik tangga, sampai tingkat satu saya sudah lelah, hampir tidak boleh bernafas," jelasnya.Bagaimanapun, penderitaan Sharifah Nel Aida itu telah pun berakhir. Kini, beliau menjalani kehidupan normal iaitu sejak menjalani 10 kali terapi ozon di kuala Lumpur.
Menurutnya ketika ujian awal dilakukan, tahap IgE alahan asmanya mencatatkan bacaan 220 IU/mL iaitu 132 IU/mL melebihi paras normal.
"Mungkin ramai tidak percaya, malah saya juga kurang yakin terapi ozon boleh memulihkan asma.tetapi hakikat ini berlaku kepada diri saya. Selepas 10 kali menjalani terapi ozon di pusat berkenaan" kata beliau.Tambah Sharifah Nel Aida, pada masa ini tahap IgE beliau ialah 65 IU/mL dalam lingkungan tahap selesa dan normal.
"Selepas terapi ke-5, saya sudah dapat merasakan kesan pemulihannya termasuk boleh menaiki tangga 3 tingkat tanpa rasa sesak nafas. Dan kini saya tidak ingat lagi ke mana perginya alat inhaler yang dulu saya simpan di dapur, ruang tamu, bilik mandi, bilik tidur dan dalam kereta" kata Sharifah Nel Aida.