Disclaimer
The ideas and opinions expressed in this website are strictly those to Blossom Portfolio and in no way represent those of any medical association. This information is not intended to replace supervision, evaluation or treatment by a qualified, licensed, health professional. Blossom Portfolio specifically disclaims any liability arising directly or indirectly from the use of this information
.
All Rights Reserved 2005@ozon
Back
Pusat Terapi Ozon
Blossom Portfolio Sdn Bhd,
Suite 36, 3rd Floor, Block C,
Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: 603-40410371
    012-2860221
Email:
ozone@ozone.com.my
Or
eboo@eboo.com.my

Website:
www.ozone.com.my

Other Related Website www.eboo.com.my

EBOO & SERANGAN JANTUNG
Alif 1 Eboo - safe straight to the heart ( Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozone) dicipta untuk merawat pelbagai penyakit kardiologikal, tanpa perlu menjalani pembedahan yang berisiko tinggi, menyakitkan, mahal dan terpaksa melalui prosedur-prosedur merumitkan semasa pembedahan.
Dengan pusat rawatan terapi ozon, yang menguruskan terapi ozon menggunakan EBOO ini, pesakit-pesakit jantung telah menemui keputusan yang di luar jangkaan dan menggalakkan hingga menyebabkan para pengkritik dan pakar-pakar perubatan jantung lain terdiam dengan pencapaian membanggakan terapi ozon menerusi EBOO.
MERAWAT SERANGAN JANTUNG- KAEDAH TERAPI OZON (EBOO)

Setelah penyelidikan bertahun-tahun oleh Blossom Portfolio Sdn Bhd ( pusat bagi terapi ozon) ia telah menghasilkan mesin yang diberi nama Alif 1 Eboo- straight to the heart yang mana boleh merawat 3-4 liter darah dengan 'medical ozone' dalam tempoh 60-90 minit untuk setiap pesakit yang mengalami masalah penyakit jantung.Untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan, seseorang pesakit perlulah menjalani sekurang-kurangnya 15-35 jam terapi bergantung kepada penyakit.

Mesin Alif 1 Eboo - safe straight to the heart yang digunakan untuk terapi ozon
Gambaran pesakit sedang menjalani ujian ECG
Sebelum pesakit disahkan menghidapi serangan jantung, pesakit perlu dimonitor dengan 'intensif monitoring cardiovascular' yang memaparkan aktiviti elektrik jantung.
Gambaran pesakit serangan jantung yang sedang menjalani pemerhatian intensif cardiovascular bagi memastikan penyakit serangan jantung.

Pesakit juga akan menjalani ECG test untuk mengesahkan serangan jantung. Ujian ini adalah untuk merekodkan aktiviti elektrik jantung dengan cara meletakkan elektrod pada dada dan limpa pesakit. Bacaan ECG bagi pesakit yang menghidap serangan jantung akan memaparkan 'characteristic trace' dan ini mengesahkan serangan jantung itu. Selain itu, ujian ECG juga berguna dalam mengesan tahap kerosakan jantung.

Sebelum terapi ozon dijalankan atas pesakit, pesakit juga perlu menjalani 'stress test' bagi mengetahui tahap kritikal pesakit. Bacaan akan diambil dan dibandingkan apabila pesakit selesai menjalani rawatan EBOO.
Pesakit sedang menjalani EBOO
PROSEDUR EBOO

Lebih kurang sama dengan rawatan haemodialysis, Alif 1 EBOO - safe straight to the heart bertindak dengan sejumlah darah diambil keluar oleh mesin dan disalurkan ke tabung yang dirangkaikan dengan mesin penghasilan ozon. Darah yang telah bersih itu kemudian dimasukkan ozon dan dimasukkan semula ke dalam badan pesakit menerusi mesin berkenaan.

Up