Pusat Terapi Ozon |
Blossom Portfolio Sdn Bhd, Suite 36, 3rd Floor, Block C, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-40410371 012-2860221 |
Email: ozone@ozone.com.my Or eboo@eboo.com.my |
Website: |
Other Related Website www.eboo.com.my |
ROKOK
Rokok mungkin satu-satunya produk yang sah dan diiklankan serta dihisap oleh kebanyakkan individu, yang mana mempunyai kapasiti tinggi untuk memusnahkan sistem dalam badan manusia.
Nikotin merupakan racun alkaloid yang ditemui secara semula jadi dalam tembakau, adalah merupakan ransangan yang sangat kuat pada otak dan pusat sistem saraf. Nikotin menyebabkan tekanan darah meningkat dan seterusnya meningkatkan denyutan jantung sebanyak 33 dengup dalam seminit.
Dos nikotin pertama yang diambil secara harian akan merangsangkan usus besar dan menahan selera makan serta melambatkan proses penghadaman. Ia juga menurunkan suhu badan dan mengurangkan peredaran darah pada kaki dan tangan.
Nikotin, untuk penghisap rokok yang baru, akan menyebabkan rasa mual, malahan ia selalu membawa rasa mual kepada perokok yang mengambilnya terlalu banyak. 60 miligram nikotin yang diambil dalam satu masa boleh membunuh orang dewasa dengan cara menghentikan pernafasan.