Pusat Terapi Ozon |
Blossom Portfolio Sdn Bhd, Suite 36, 3rd Floor, Block C, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-40410371 012-2860221 |
Email: ozone@ozone.com.my Or eboo@eboo.com.my |
Website: |
Other Related Website www.eboo.com.my |
ROKOK
Ia adalah senjata pembunuh seperti 'cyanide'. Sebab kenapa ia tidak membunuh perokok dengan cepat adalah kerana mereka mengambilnya dalam dos yang kecil, yang mana akan segera di metabolisme dan dibuang oleh sistem badan.
Tar pada rokok diperbuat oleh beberapa ribu jenis bahan kimia, yang mana kebanyakkannya dikaitkan dengan penyakit-penyakit. Antaranya adalah asid, glycerol, glycol, alchohol, aldehydes, ketones, aliphatic dan aromic hydrocarbons, phenols dan gas-gas korosin seperti hydrogen cyanide dan nitrogen oxide serta dos beracun seperti carbon monoxide. Penyakit jantung, kanser paru-paru dan kanser-kanser lain, emphysema dan kronik bronkitis adalah antara penyakit yang selalu dikaitkan dengan tar dan boleh membawa kepada kecacatan dan maut.
Karbon monoxide, (CO) yang mana adalah sebanyak 4% dari purata asap rokok, mempunyai perhubungan yang kuat dengan sel darah merah berbanding oksigen- yang mana sel darah merah adalah ditugaskan untuk diagih-agihkan ke tisu badan.dan CO dalam asap rokok ini akan menggantikan oksigen dalam sel darah merah, membentuk carboxyhemoglobin (COHb).
Secara purata, perokok mempunyai 2.5% hingga 13.5% lebih COHb dalam darah mereka berbanding dari bukan perokok. Sementara nikotin menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat, COHb menghalangnya permintaan jantung untuk menggunakan lebih oksigen. Selain itu, CO juga menggalakkan kolestrol untuk berkumpul pada arteri.
Kesan buruk dari menghisap rokok adalah bersifat sementara, tetapi jika perokok mengulanginya secara berulang - sekotak rokok dalam sehari maka dalam setahun maka perokok akan menghisap lebih kurang 102,000 kali untuk setahun.Jika ini berterusan, perokok mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang dikaitkan dengan menghisap rokok.
Perokok yang menghisap rokok penapis tar(filter-tip) adalah mempunyai risiko yang kurang untuk mendapatkan kanser paru-paru berbanding dengan perokok yang menghisap rokok tanpa penapis (filter-tip) tar, tetapi mereka masih mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan emphysema.