Pusat Terapi Ozon |
Blossom Portfolio Sdn Bhd, No 23, Jalan PJU 1A/20A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya Selangor, Malaysia. Tel: 603-7845 5736 012-219 6484 012-317 6484 |
Email: ozone@ozone.com.my Or eboo@eboo.com.my |
Website: |
Other Related Website www.eboo.com.my |
Secara major autohemotherapy (MAHT) iaitu pengambilan sejumlah darah kedalam tabung uji yang berisi ozon (O3) dan kemudian dimasukkan semula ke badan. Di setengah-tengah pusat rawatan, proses ini dikawal secara berkomputer.
Melalui Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO) iaitu proses pengozonan dan pengoksidaan darah. Kaedahnya seumpama dialysis. Sejumlah darah disedut keluar oleh mesin dan kemudian disalurkan ke tabung yang dirangkaikan dengan mesin penghasilan ozon perubatan (medical ozone). Darah yang telah dibersihkan dan diozonkan, kemudiannya dimasukkan semula ke dalam badan menerusi mesin berkenaan.
EBOO merupakan kaedah ozon yang paling penting dalam terapi ozon selain menjalani autohemotherapy.
Mereka yang mengalami pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan AIDS diberi jaminan menikmati semula kehidupan yang lebih baik dan menyakinkan selepas menjalani rawatan kaedah EBOO.
EBOO berperanan membekalkan oksigen dalam badan dan lebih banyak oksigen dibekalkan dalam badan, lebih banyak tenaga yang dihasilkan dalam badan maka pembuangan toksin juga lebih berkesan.
