Pusat Terapi Ozon |
Blossom Portfolio Sdn Bhd, No 23, Jalan PJU 1A/20A Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Malaysia. Tel: 603-7745 5736 012-219 6484 012-371 6484 |
Email: ozone@ozone.com.my Or eboo@eboo.com.my |
Website: |
Other Related Website www.eboo.com.my |
Merupakan simptom yang selalu terjadi dalam penyakit arteri koronari dan dalam beberapa kes serangan jantung. Ia merupakan sakit dada yang terjadi apabila otot jantung tidak mendapat darah yang mencukupi (sama seperti ketidakcukupan oksigen) yang diperlukan untuk bekerja (ischemia)
Angina selalunya dikaitkan sebagai stable (predictable) atau unstable (less predictable) dan tanda kepada keadaan yang lebih serius.
Angina sendiri bukanlah suatu penyakit. Banyak bukti yang menunjukkan, keadaan angina kurang dari 48 jam sebelum berlakunya serangan jantung mungkin melindungi, kemungkinan dari keadaan jantung untuk melawan kerosakan yang terjadi dari serangan.
Pesakit sering menyatakan bahawa angina sebagai 'sakit' tetapi yang nyata ia dirasakan amat berlainan bagi oang yang berbeza. Jika anda menghidapi angina, rasa sakit anda mungkin dirasakan seperti yang terdapat dalam penerangan berikutnya atau kombinasi beberapa perkara di bawah

Angina merupakan jenis kesakitan pada dada yang disebabkan oleh pengaliran darah melalui saluran darah (coronal vessel) pada otot jantung (myocardium) yang tidak cukup.
Jenis ketiga angina, yang dipanggil 'variant atau Prinzmetal's angina'. Ia disebabkan oleh kekejangan pada arteri koronari . Ia hampir selalu terjadi bila pesakit berehat. Dalam 2/3 orang dengan Prinzmetal's angina, akan mengalami Atherosclerosis sekurang-kurangnya pada salah satu saluran darah utama. Denyutan jantung yang tidak stabil adalah antaranya, tetapi kesakitannya boleh segera dihilangkan dengan rawatan yang standard.

Jika anda menghidapi angina, anda perlu mengetahui keadaan anda. Pastikan apakah jenis aktiviti atau situasi yang boleh menyebabkan serangan dan bagaimana rasa serangan tersebut.
- Tanya diri anda sendiri jika anda boleh mengelakkan keadaan ini. Ingatkan berapa lama serangan itu lazimnya berakhir dan bagaimana selepas berehat, kesakitan atau ketidakselesaan ini beransur-ansur hilang.
- Adakah ubat yang dapat mencegah serangan angina? Adakah anda boleh menghentikan serangan dengan mengelakkan makan dengan banyak, mengurangkan aktiviti fizikal, mengelakkan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak stamina atau belajar untuk mengawal emosi anda.
Tanda -tanda bahaya
Apabila anda sudah biasa dengan corak angina anda, anda sudah tentu dapat mengenali sebarang perubahan dalam corak ini. Tanda-tanda ini tidak semestinya dikatakan sebagai serangan jantung tetapi jika tidak pasti, anda perlu segera merujuk kepada doktor anda.
Stable Angina- adalah sakit dada yang diramalkan. Walaupun kurang serius dari unstable angina, tetapi ia boleh menjadi terlalu sakit. Ia selalunya dapat dihilangkan dengan rehat dan tindakbalas yang baik terhadap ubatan dan rawatan (selalunya nitroglycerin). Keadaan-keadaan yang meningkatkan keperluan oksigen boleh menyebabkan serangan angina.
Antaranya ialah:
Serangan angina boleh terjadi pada bila-bila masa tetapi selalunya ia berlaku antara pukul 6.00 pagi dan petang
Unstable Angina.- Unstable angina adalah keadaan yang lebih serius dan kerap terjadi pada tahap pertengahan antara stable angina dan serangan jantung, yang mana satu arteri yang menghala ke jantung ( arteri koronari ) menjadi tersumbat keseluruhannya. Pesakit selalunya didiagnos dengan keadaan unstable angina dibawah keadaan seperti: