Disclaimer
The ideas and opinions expressed in this website are strictly those to Blossom Portfolio and in no way represent those of any medical association. This information is not intended to replace supervision, evaluation or treatment by a qualified, licensed, health professional. Blossom Portfolio specifically disclaims any liability arising directly or indirectly from the use of this information
.
All Rights Reserved 2005@ozon
Back
Pusat Terapi Ozon
Blossom Portfolio Sdn Bhd,
Suite 36, 3rd Floor, Block C,
Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: 603-40410371
    012-2860221
Email:
ozone@ozone.com.my
Or
eboo@eboo.com.my

Website:
www.ozone.com.my

Other Related Website www.eboo.com.my

INFO KESIHATAN

Serangan jantung boleh terjadi dari salah satu kesan atherosclerosis

GANGGUAN AKHIR- SERANGAN JANTUNG
SERANGAN JANTUNG

Sekiranya salah satu daripada salur darah jantung yang telah disempitkan oleh aterosklerosis menjadi tersekat oleh bekuan darah, bekalan darah ke salah satu bahagian otot jantung akan terputus. Bahagian yang mula kekurangan darah ini mulai mati, kecuali jika peredaran tersebut dipulihkan dalam masa beberapa jam dan tisu parut itu segera diganti. Sekiranya saiz bahagian yang rosak itu (disebut infarksi) adalah kecil, ataupun sekiranya sistem kawalan elektrik jantung yang fungsinya menetapkan denyutan jantung tidak terganggu maka peluang untuk hidup adalah tinggi.

Serangan jantung ini juga dikenali sebagai trombosis koronari, infarksi kardium atau infarksi miokardium (secara ringkas bererti pemusnahan otot jantung ). Gejala ini sama seperti angina hanya berlaku semasa keadaan rehat dan lama.


Pengurangan bekalan darah secara tiba-tiba ke jantung boleh berlaku apabila satu daripada arteri koronari tersumbat, samada terdapat spasma, iaitu arteri koronari menjadi ketat atau oleh kerana darah beku iaitu trombos. Bahagian otot jantung lazimnya dibekalkan oleh arteri yang tersumbat tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sebaik sahaja selepas spasma, kelegaan yang spontan berlaku dan simptom jelas kelihatan serta otot jantung mula dapat berfungsi dengan agak normal kembali. Keadaan ini disebut 'kresendo angina' atau kelemahan koronari.
Di samping itu, jika bekalan darah ke jantung terhenti, sel-sel mengalami perubahan yang tetap dalam hanya beberapa jam dan bahagian otot jantung merosot atau rosak selama-lamanya.

GEJALA SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung mungkin bermula dengan sakit mencucuk-cucuk, sakit yang tidak menyelesakan atau rasa berat di tengah-tengah dada.
Kadangkala serangan jantung menyebabkan sedikit ketidakselesaan kerana tidak cerna atau mungkin berlaku tanpa disedari. Dalam kes ini satu sahaja cara sahaja untuk mengesannya iaitu apabila anda menjalani EKG kerana sebab-sebab yang tidak berkaitan.

Di samping itu, anda mungkin mengalami sakit yang teramat sangat, rasa sakit penjerutan atau seperti dipicit-picit, seakan-akan sakit pada dada, kerongkong atau abdomen. Anda mungkin berpeluh-peluh sejuk atau panas, berasa amat lemah pada kaki dan mungkin kerana terlalu takut, anda mengalami rasa seakan-akan menemui maut. Anda mungkin berasa selesa duduk daripada baring dan mungkin akan tercunggap-cunggap dan tidak boleh bertenang.
Anda mungkin berasa pening-pening dan loya atau mungkin akan betul-betul muntah. Anda juga mungkin akan pengsan dan mati. Sebarang gejala angina mungkin hadir tetapi ia berakhir lebih lama.

Serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa, siang atau malam.ia mungkin berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin telah berlaku berjam-jam ataupun berhari lamanya. Anda mungkin telah mengalami angina yang sering bertambah dan memakan masa yang lama atau ini mungkin petanda pasti ada sesuatu yang tidak kena pada jantung anda.

Resources: Memerangi Penyakit Jantung ( Author:- Dr Chandra Patel )& www.umm.edu
BILA BERLAKU
Up